Laporan Trip Gili Trawangan 2H1M – 9 Aktiviti Sangat Best Menanti Anda

Jika anda seorang kaki travel, sudah tentu nama Gili Trawangan tidak asing bagi anda. Gili bermaksud Pulau. Di Lombok, terdapat banyak gili, tetapi Gili Trawangan adalah yang paling popular sekali. Pertama kali aku menjejaki ke sini pada tahun 2013, dan 2018 aku kembali sekali lagi tetapi ditemani oleh emak aku. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda walaupun anda hanya meluangkan 2 hari 1 malam di sana. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku menyenaraikan 9 aktiviti yang menarik yang boleh anda buat, sebenarnya apa yang aku dah cuba sendiri. Yang aku tak cuba, aku tak senaraikan.

Bagaimana hendak pergi ke Gili Trawangan?

2 kali aku ke Gili Trawangan, 2 kali jugalah aku pergi melalui Pelabuhan Bangsal, Lombok. Sebenarnya ada beberapa pilihan jika hendak ke Gili Trawangan. Ada bot laju, dan ada jugak bot awam. Harga satu bot laju adalah dalam 350k Rupiah untuk satu bot, sesuai untuk 6 orang. Manakala untuk bot awam pula, cuma 15k Rupiah sahaja tetapi anda akan menaiki bot bersama-sama sayur, makanan dan lain-lain lagi. Bot awam cuma beroperasi waktu siang sahaja, bot laju pulak pada bila-bila masa. Jika anda travel solo, bot awam adalah amat digalakkkan. Aku guna bot awam ke sini. Cuma ambil perhatian warna tiket anda, sebab giliran naik bot awam adalah berdasarkan warna tiket.

Di mana hendak menginap di Gili Trawangan?

Pada 2013, aku telah menginap di Gili Hostel. Sekarang ni, aku tak tahu yang hostel ini wujud lagi ke tak. Sebab pada tahun tersebut, itu adalah satu-satunya hostel yang beroperasi di pulau ini. Pada 2018, aku lihat banyak hostel telah bertapak di sini. Aku menginap di Little Coco bersama emak aku. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca entri aku disini: #HotelReview: Where to stay at Senggigi and Gili Trawangan in Lombok.

Loading...