10 Tips & Tricks Tempah Hotel Secara Online Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun semasa aku backpacking, kebanyakan hostel/hostel yang aku tinggal adalah hasil daripada walk-in, iaitu hotel/hostel yang paling murah dan selesa setelah kita survey hotel/hostel di sekitarnya.

Tetapi, jika kita traveling di musim cuti sekolah ataupun pada musim puncak, sebaik-baiknya kita hendaklah menempah bilik hotel terlebih dahulu. Ada juga sesetengah imigresen yang memerlukan kita untuk menunjukkan cetakan tempahan bilik. Walaupun anda menggunakan AirBNB, ada sesebuah negara sebenarnya tidak membenarkan anda untuk tinggal di rumah penduduk setempat. Jadi anda perlu tahu tips & tricks bagaimana untuk memanipulasikan situasi ini.

Semua ini adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia kembara ini. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak.

Semoga bermanfaat dan semoga anda berkongsi dengan rakan anda.1. Perlukan cetakan tempahan, tetapi anda tidak menginap disitu sebaliknya tinggal dengan host Couchsurfer atau AirBnb.

Meletakkan alamat rumah kawan, hos CS ataupun hos AirBnb di dalam borang tiba adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Ada sesetengah negara yang tidak membenarkan anda tinggal di rumah penduduk setempat, contohnya Myanmar. Di Jepun juga AirBnb masih lagi belum dibenarkan sepenuhnya.

Jadi, untuk kes ini, anda perlukan cetakan tempahan bilik. Caranya senang sahaja, melalui tempahan Booking.com, anda tidak perlu membayar bilik tempahan anda terlebih dahulu kerana akan dibayar semasa check-in. Terdapat pilihan dimana, anda boleh membatalkan tempahan secara percuma 7-3 hari sebelum anda check-in. Jadi, untuk mendapatkan cetakan tempahan bilik, tempahlah hotel yang anda nak pada tarikh anda travel, setelah mendapat email confirmation, sila cetak email tersebut. Setelah selesai, anda boleh batalkan tempahan anda secara percuma. Di kaunter imigrasi, cuma tunjukkan cetakan tempahan hotel tersebut.

Permandangan matahari terbenam di Kolam Renang Infiniti, C’haya Hotel, Tanjung Aru, Sabah

2. Hendak menempah bilik termurah, tetapi sampai di sana nanti hendak cari bilik yang lebih murah. Jika tidak datang, takut akan kena charge.

Okay. Trick ini banyak yang tidak tahu. Anda boleh menempah bilik melalui Booking.com tanpa membuat sebarang pembayaran. Betul atau tidak?. Tempahlah bilik yang anda rasa murah dan selesa sebagai pilihan terakhir sekiranya anda tidak menjumpai bilik yang lebih murah dari itu ataupun bilik sudah penuh.

Tapi, mereka akan caskan bilik jika tidak mendaftar? Jangan risau, semasa meletakkan data kad kredit di dalam Booking.com untuk verifikasi. Masukkan 3-digit CVV yang SALAH. Contohnya jika nombor kad kredit anda 123, anda masukkan 456. Tempahan akan berjaya. Kebanyakan hotel di dalam Booking.com jarang memeriksa kad kredit anda. Tetapi ada sesetengah juga akan membuat verifikasi. Jika verifikasi gagal, mereka hanya akan menghantar email peringatan tetapi mereka tidak membatalkan tempahan anda. Jika anda tidak muncul, anda tidak akan dikenakan sebarang cas, sebab mereka tidak dapat melalui transaksi kerana 3-digit kad kredit tersebut adalah salah.

Trick ini juga manfaat seperti trick No.1, cuma disini anda tidak perlu membatalkan tempahan anda. Takut, pihak imigrasi menelefon hotel anda, jadi tempahan anda memang ada disini.

Jadi Booking.com tersangatlah best. Jom tempah bilik kat Booking.com sekarang!

3. Bagaimana pulak website yang mengenakan deposit. Memang tidak dapat menipu 3-digit. Jika tidak check-in, akan dikenakan cas.

Seperti Hostelworld & Hostelbooker, website ini akan mengenakan 10% daripada jumlah tempahan anda. Anda perlu membayar deposit ini dengan menggunakan kad kredit. Jika anda tidak muncul pada hari anda tempah, anda akan dikenakan cas 1 malam penginapan.

Untuk kes ini, penggunakan kad debit adalah sangat bijak. Pastikan kad debit tersebut sentiasa kosong dan hanya diisi wang sekiranya anda ingin menggunakan. Untuk pembayaran deposit, contohnya deposit sebanyak RM20 dikenakan, cuma isi RM20 di dalam debit kad anda. Biarkan kad debit anda kosong selepas itu. Jika anda tidak muncul, mereka tidak akan dapat mengenakan cas ke atas debit kad anda kerana transaksi ditolak.Bilik dorm, Rainforest Bed & Breakfast, Kuala Lumpur

4. Pencarian bilik paling murah.

Di internet, terbanyak banyak website pencarian hotel. Tahukah anda harga bilik adalah berbeza di setiap website ini. Jadi untuk membandingkan harga-harga website ini, aku syorkan website seperti HotelsCombined.com. Mereka akan membandingkan harga bilik yang ditawarkan oleh pencarian hotel seperti Booking.com, Agoda, Traveloka, Hotels.com, dan sebagainya.

Setelah mendapat harga termurah, take note terlebih dahulu. Apa yang perlu dibuat seterusnya, anda boleh menelefon hotel tersebut untuk mendapat harga promosi pada tarikh yang sama, bandingkan. Jangan lupa bertanyakan sama ada harga sudah termasuk tax ataupun tidak.

Loading...