15 Tempat Menarik di Kelantan Yang Wajib Anda Lawati

Pada April 2019, mytravellicious berpeluang untuk melawat Kelantan untuk kali ketiga. Tetapi kali ini, mytravellicious datang dengan rombongan dari Tourism Malaysia Sarawak sempena Malaysia Surfcasting Tour 2019 yang telah berlangsung di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan pada 13 April 2019. Sepanjang 4 hari 3 malam di Kelantan, mytravellicious berpeluang untuk melawat beberapa tempat menarik di sana. Mungkin anda boleh jadikan catatan mytravellicious sebagai panduan jika anda merancang hendak melawat Kota Cik Siti Wan Kembang ini.

1. Pasar Siti Khadijah

Tempat ini adalah yang pertama kami jejaki di Kota Bharu. Boleh dikatakan tempat yang wajib di lawat jika ke Kelantan. Pelbagai jenis makanan, buah, sayur-sayuran dan buah tangan terdapat disini. Di sini juga sangat sesuai untuk bersarapan pagi kerana terdapat pelbagai kuih-muih traditional yang ditawarkan. Baju batik dan kain sampin juga boleh didapati disini.

2. Tambatan Diraja

Tempat ini merupakan sebuah jeti kecil di Persisiran Sungai Kelantan. Mempunyai struktur yang dicat warna kuning iaitu warna diraja. Bersebelahan dengan tambatan ini, terdapat satu bangunan menara, tetapi sewaktu kami ke sana, ianya tutup.

3. Istana Jahar

Jangan lepaskan peluang untuk melawat Istana Jahar jika anda ke Kota Bharu. Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.

Loading...